Gambar : Konvokesyen
Tahniah kepada pelajar yang berjaya menamatkan latihan Sijil & Diploma Kemahiran di Itbase
Persijilan Kemahiran Malaysia
- Persijilan Kemahiran diiktiraf oleh industri di Malaysia.
- Persijilan Kemahiran Malaysia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan diri yang setanding dengan laluan kerjaya berasaskan kelayakan akademik.
- Persijilan Kemahiran Malaysia berupaya melahirkan pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya saing industri tempatan di pasaran dunia.
Calon hanya dianugerahkan Sijil setelah memenuhi syarat-syarat berikut :
- Menamatkan jangkamasa latihan seperti yang ditetapkan dengan jayanya; dan
- Mencapai tahap keterampilan seperti yang disyaratkan; dan
- Terampil dalam National Competency Standard (NCS)-Core Abilities seperti yang disyaratkan dalam Panduan Pelaksanaan National Competency Standard (NCS) – Core Abilities.
- Bagi yang tidak mencapai tahap keterampilan tiada Sijil akan dikeluarkan oleh Jabatan.